Hari Ahad jadual sgt padat...pagi ni ada Kempen Kesihatan anjuran KRT Wanita di taman ni...banyak aktivi yg dianjurkan...tapi tak dpt ikut serta sebab pada masa yang sama ada majlis walimatul urus anak sepupu suami di Salak..
Walaumacamanapun, sempatla singgah sekejap di dewan tu sebelum berangkat ke Salak...
Biasalah kalau dah pergi kenduri sedara-mara....mestila seronok...masa nilah dapat berjumpa dan berkumpul dengan ahli keluarga samada jauh atau dekat...klu hari raya pun belum tentu dapat jumpa semua pd hari yang sama...betul tak? Bila dah sibuk macam tu, balik rumah pulak dah petang, mandi dan siap2 ke rumah makcik pula sampai ke malam, balik rumah dah penat...tertidur...tak sempat nak tulis blog...tau2 dah pukul 2 pagi! Alamak....blog tak update!
Gagahkan diri dan mata mula menaip....tajuk cabaran seterusnya:-
Cabaran hari ke 7 : Sejauhmana pendidikan itu penting bagi anda
Kalaulah ada yang cakap pendidikan tu tak penting, memang tak patutla...pendidikan tu sangat2lah penting...tanpanya kita boleh sesat.bukan setakat sesat jalan, macam2 jenis sesat...silap2, cara nak makan pun kita tak tau..
Pendidikan awal bermula dari dalam rahim ibu lagi...kita mula belajar macam2 perkara..antaranya mendengar, merasa dan memahami sesuatu melalui ibu kita...kemudian bila lahir, bayi mula belajar berkomunikasi dengan orang disekelilingnya melalui tangisan dan omelannya...kemudian belajar menyusu untuk kelangsungan hidup...cuba kalau 2 perkara ni bayi tak tau buat? Macamana agaknya keaadaan dia? Dapat bayangkan tak?
Semakin meningkat usia, semakin banyak yang dipelajarinya, meniarap, merangkak, berjalan, berlari, bercakap dan macam2 lagi...kemudian bersekolah...di sekolah, guru2 pula menurunkan ilmu..dari tak pandai membaca, dah lancar membaca...tak tahu menulis, dah laju menulis...tak bijak mengira, dah hafal formula...kemudian jika ada rezekinya, sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi...kalau nak cerita step by step kitaran hidup ni, alamatnya berjagalah sampai pagi..huhu...
The point is....tanpa pendidikan, kita akan ketinggalan dari banyak cara...bukanlah bermaksud tak belajar tinggi2 tak boleh berjaya...ada ramai yang berjaya walaupun sekolah cuma setakat darjah 2...tp kesungguhan, keazaman dan semangat yang tinggi, dengan pendidikan tak formal melaui pengalaman hidup, menjadikan mereka berada di tahap yang mereka ada..
Siapa pun kita sekarang, kita sentiasa belajar dan belajar...walau bukan secara formal...pendidikan tu penting, tanpanya kita bukan sesiapa...
2 comments:
sgt setuju...
Terima kasih...
Post a Comment