Thursday 25 September 2014

Cabaran 30 hari

Cabaran 30 hari.

Sesuai dgn tajuknya...ternyata saya tak mampu sahut cabaran yang disangka mudah ni...harini sepatutnya cabaran ke 25...kalau ikutkan syarat-syarat, terlepas 1 entry dah dikira tersingkir...saya tak mahu bagi sebarang alasan atau sebab kenapa blog ni tak dikemaskini atau kenapa cabaran 30 hari tidak bersahut hingga ke penamat. Walauapapun sebabnya...itu akan dikira sebagai alasan. Kenapa orang lain boleh? Kenapa saya tidak?

Sebab orang lain bukan saya, dan saya bukan mereka...setiap individu punya masalah, kelebihan, kelemahan dan rutin yang berbeza...setidaknya saya mencuba...tapi itu tak bermakna saya berbangga dengan apa yang saya dah cuba buat...saya mencuba dan dalam masa yang sama saya juga kecewa kerana tak dapat teruskan apa yang saya dah mulakan...sedikit tidak turut melemahkan semangat saya...

Tapi bila saya jalan-jalan ke blog rakan-rakan saya, bila saya tengok apa yang mereka hasilkan..semangat saya mula bangkit..saya teringin jadi macam mereka...mereka sangat hebat...hanya dengan penulisan di alam maya mereka juga boleh berjaya..satu hari nanti, adakah saya macamtu juga? Dorongan dan sokongan dari rakan-rakan KBBA (Kelab Blogger Ben Ashaari) akan saya semat dan jadikan panduan nanti...terima kasih semua...

Kesempatan yang diberi untuk menyahut Cabaran 30 Hari amat saya hargai....ianya pengalaman yang berharga buat saya....insyaAllah saya akan berusaha lagi dan lagi....